Media Bantu SPRM Sebar Luas Mesaj Antirasuah.
Program anjuran Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM itu adalah sempena Ulang Tahun SPRM Ke-57 bertujuan membina saluran komunikasi terbuka serta dapat mengekalkan hubungan yang baik bersama media.

Kuala Lumpur, 16 Nov 2024, 11.00 malam – LEBIH 40 pengamal media termasuk pempengaruh media sosial menyertai Program Menembak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Media 2024 yang diadakan di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia, pada 16 November 2024.

Program anjuran Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM itu adalah sempena Ulang Tahun SPRM Ke-57 bertujuan membina saluran komunikasi terbuka serta dapat mengekalkan hubungan yang baik bersama media.

Program yang menampilkan tiga kategori iaitu kategori Ketepatan Individu (Lelaki), Ketepatan Individu (Wanita) dan kategori Jatuhan Piring Berkumpulan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki.

Tan Sri Dato’ Sri Azam dalam ucapannya berkata, sebagai agensi utama antirasuah, SPRM memerlukan sokongan media dan semua lapisan masyarakat dalam memerangi rasuah.

“Tanpa kerjasama media, sektor swasta, agensi kerajaan dan orang awam, usaha membanteras rasuah adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan,” katanya.

Tambah beliau, perjuangan memerangi rasuah dan membina masyarakat berintegriti serta bebas rasuah adalah tanggungjawab bersama dan SPRM amat mengalu-alukan kerjasama pihak media untuk menyokong usaha dan program antirasuah selain menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya boleh dilaksanakan.

Turut hadir Pengarah BKS SPRM, PKPj Hisyam Mohd Yusoff; Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM, KPKPj Zuhairie Abu Bakar; Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor (APM), PPj Ghazali Abdul Rahman; Pengarang Kosmo, Wan Hasnan Wan Hasan serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Dato’ Norman Abdul Halim.

#SPRMMalaysia
#RasuahDihinaMaruahDibina
#taatsetia

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jangan Cepat Sangat Masukkan “KETIMBANG” Dan Istilah Songsang Lain Dalam Kamus Dewan?