Kuala Lumpur, 16 Nov 2024, 9.00 malam – DATO’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah bersuara mengenai perkataan baharu yang sering kita lihat berlegar di dalam media sosial sejak kebelakangan ini. Di antara perkataan baharu yang paling terkenal waktu ini adalah “Ketimbang” yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia. Dato’ Rais telah membuat gesaan supaya Dewan Bahasa & Pustaka tidak terlalu cepat untuk memasukkan perkataan ketimbang dan lain-lain istilah yang dianggap songsang di dalam kamus tersebut.
Dato’ Rais berkata, Ikutlah evolusi bahasa biasa. PMX dan Menteri “Jangan Usik” tu sedang bergulung lidah sebab kelelong bahasa. Beliau juga menyeru kepada para guru dan profesor bahasa untuk bersuara agar perkataan-perkataan yang tidak biasa digunakan oleh rakyat tidak dimasukkan ke dalam Kamus Dewan.
Baru-baru ini ada Ahli Parlimen kata “dek nila “sedikek” habis susu “sebangla”. Perkataan2 “korang” dan “diaorang” pun belum diterima masuk lagi. “Ketimbang”? Elok timbang2 dulu. Biarlah prinsip Ilmu Mengarang Za’aba terus hidup dn disuburkan. Kata beliau lagi.
Ketimbang dalam bahasa Melayu membawa maksud “berbanding dengan” atau “daripada”. Ia digunakan untuk menunjukkan perbandingan antara dua perkara atau situasi. Dato’ Rais berkata, rakyat tidak bercakap “ketimbang” tetapi berkata “berbanding dengan”. Beliau seterusnya berkata, “Melayu memang suka dera bangsa sendiri. Perangai itu jangan dera bahasa sendiri.”
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Pemimpin “Kita” Pro Israel Atau Menyokong Penuh Kemerdekaan Negara Palestin??