Kuala Lumpur, 16 Nov 2024, 12.00 tengahari – BERJASA tidak begitu senang dengan tindakan Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol mengenai persoalan yang diajukan iaitu mengapa kerajaan Malaysia tidak mengutuk serangan Kumpulan Pejuang Hamas terhadap Israel. Bunyi seperti menyalahkan Palestin dan Hamas? Tambahan pula baru-baru ini dikatakan pemimpin kita bagai mempersetujui kewujudan Israel? Pemimpin “Kita” Pro Israel Atau Menyokong Penuh Kemerdekaan Negara Palestin??
Pertanyaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen dari DAP itu dapat digambarkan bahawa Mordi seperti mahu meletakkan kesalahan kepada Hamas yang dikatakan menjadi pencetus kepada perbalahan diantara Palestin dan Israel selama beberapa dekad.
Menurut BERJASA lagi, dengan meletakkan hanya kesalahan kepada Hamas diatas konflik yang berlarutan sekian lama, merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal kerana sejak dari awal lagi Israel sentiasa bermaharajalela di atas tanah yang dirampas dari orang Palestin. Malah, Hamas dan Israel berhak untuk mempertahankan negara mereka dari ditakluki oleh Isreal.
Dasar” Two State Solution” hanya membuang masa kerana pelan yang dirangka itu tidak akan diikuti oleh Israel disebabkan mereka adalah puak yang mengikuti arus ideologi ekstremis.
Tegas BERJASA lagi, rakyat Malaysia dari dahulu sehingga sekarang tetap bantu untuk memperjuangkan nasib rakyat palestin yang sentiasa diainaya oleh rejim Israel dibumi Gaza namun hanya sebagai pemberi semangat sebagai insan yang seagama dengan mereka dan memperjuangkannya kerana Allah.
Umat Islam diseluruh dunia termasik Malaysia menyakini bahawa Masjid Al Aqsa yang terletak diatas tanah Palestin merupakan kiblat suci umat Islam maka kesucian masjid itu perlu dipertahankan daripada tangan-tangan penjajah Israel.
Ahli Parlimen DAP itu telah mengeluarkan pertanyaan adakah perjuangan bersama palestin dan Hamas itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik Malaysia ?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah berkata mempersetujui dengan kewujudan Israel dan negara haram itu layak mempertahankan diri?
Menurut BERJASA, persoalan mula timbul sama ada Malaysia kini dipimpin oleh pemimpin yang pro kepada penjajah iaitu Israel atau menyokong penuh kemerdekaan Palestin.?
Kredit – BERJASA
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
SPRM Serbu Kegiatan Memunggah Bauksit Di Syaki Dilindungi Oleh Pegawai Agensi Kerajaan.