Fahmi Nafi Beri Arahan MCMC Supaya Minta MalaysiaKini "Padam Segera" Video Skandal Rasuah Di Sabah.
Fahmi Fadzil menafikan bahawa beliau atau pun timbalannya Teo Nie Ching mengeluarkan arahan supaya Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia ( MCMC ) meminta supaya MalaysiaKini ” segera memadam ” video berkenaan skandal rasuah di Sabah.

Kuala Lumpur, 17 Nov 2024, 6.00 petang – MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil menafikan bahawa beliau atau pun timbalannya Teo Nie Ching mengeluarkan arahan supaya Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia ( MCMC ) meminta supaya MalaysiaKini ” segera memadam ” video berkenaan skandal rasuah di Sabah yang tular di media sosial beberapa hari lalu. Beliau berkata permintaan tersebut dibuat oleh pihak polis bagi mengelakkan gangguan disebabkan siasatan mengenai kes tersebut sedang berjalan.

Video tersebut adalah mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Tempasuk iaitu Arsad Bistari yang didakwa berkenaan “RM70 juta disekat” . Ia sebenarnya diarah oleh polis untuk disekat. Ia tidak membabitkan Fahmi atau Nie Ching.

Di dalam video tersebut terdengar Arsad telah meletakkan kesalahan kepada “pasukan lama” yang turut melibatkan Menteri Kewangan Negeri Masidi Manjun. Di dalam surat bertarikh 16 November, MCMC telah membuat kenyataan bahawa video dan artikal berkenaan boleh menyebabkan gangguan terhadap siasatan polis mengenai ancaman bunuh kepada pemberi maklumat sekali gus akan mengancam keselamatan pemberi maklumat tersebut

MalaysiaKini dikatakan telah menerbitkan satu daripada empat video tetapi tidak menyentuh tentang video yang lainnya. Arsad mendakwa bahawa video tersebut telah disunting dengan niat jahat kerana menurut beliau perbualan yang dilakukan tidak formal iaitu secara bersahaja dengan pemberi maklumat yang mungkin mempunyai motif tertentu atau pun niat yang lain.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

“Mowgli Malaysia” Kini Seorang Mekanik Motosikal Hasil Dari Program TVET.