Mengapa Beri Persepsi Yang Tidak Baik Terhadap Guru-Guru?
Buat masa kini terdapat 400,000 guru yang sedang berbakti terhadap anak bangsa dengan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, memberi komitmen yang tinggi dan berintegriti.

Kuala Lumpur, 15 Nov 2024, 12.00 tengahari – MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek memandang serius dakwaan bahawa guru merupakan penjawat awam yang paling banyak membuat pemalsuan sijil cuti sakit (MC). Menurut beliau dakwaan tersebut telah memberi tanggapan yang buruk terhadap profesion perguruan dan ianya adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Buat masa kini terdapat 400,000 guru yang sedang berbakti terhadap anak bangsa dengan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab, memberi komitmen yang tinggi dan berintegriti.

Jasa guru-guru terhadap masyarakat tidak ternilai harganya. Jika tiada pendidik seperti guru-guru, maka tidak akan ada masyarakat yang bijak pandai seperti pemimpin-pemimpin yang ada diperingkat atasan dari dahulu sehingga kini. Oleh itu adalah tidak baik untuk memberi persepsi yang buruk terhadap golongan pendidik yang mendidik kita untuk menjadi manusia yang berguna.

Kementerian mempunyai peraturan yang disediakan dengan jelas bagi menangani sebarang isu berbangkit mengenai masalah dan tatatertib di dalam penjawat awam. Tatakelola penjawat awam sentiasa dipantau dan diberi sepenuh perhatian bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik terhadap masyarakat.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita Di:

PENAWARAN PROGRAM-PROGRAM PENGAJIAN HOLISTIK BERKAITAN PENGURUSAN HALAL DI 12 UNIVERSITI AWAM (UA)