Kuala Lumpur, 14 Nov 2024, 11.00 malam – KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) menyedari kepentingan dalam menyediakan program-program pengajian yang holistik termasuk pengurusan halal bagi memberikan nilai tambah serta melahirkan graduan yang dilengkapi dengan ilmu yang merentas disiplin dan diperlukan dalam dunia pekerjaan yang dinamik.
Antara enam (6) UA yang menyediakan program-program tersebut ialah:
1️⃣ Universiti Malaya (UM) – menawarkan kursus elektif terbuka yang merangkumi bidang keusahawanan hingga ke peringkat Sarjana Pengurusan Halal.
2️⃣ Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – memperkenalkan program melalui International Institute for Halal Research and Training (INHART) sebagai usaha menjadikan Malaysia sebagai hab halal global.
3️⃣ Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – mempunyai program yang dirangka dalam menggunapakai modul Halal Quality Management System – SMIIC OIC yang merupakan standard piawaian yang digunakan oleh Board of Directors Standard and Metrology Institute for Islamic Countries (SMIIC).
4️⃣ Universiti Putra Malaysia (UPM) – menyediakan program holistik berkaitan Pengurusan Halal yang diterapkan dalam kursus program prasiswazah di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
5️⃣ Universiti Utara Malaysia (UUM) – melalui Islamic Business School (UUM IBS) yang memfokuskan kepada penghasilan graduan dalam bidang pengurusan perniagaan termasuklah dalam aspek pengurusan halal; dan
6️⃣ Universiti Teknologi MARA (UiTM) – melalui Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang menawarkan kursus jangka pendek iaitu kursus International Halal Supply Chain.
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
Menteri Pendidikan Tinggi
Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat,
Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kelima Belas Tahun 2024
14 November 2024 I Parlimen, Kuala Lumpur
Zambry Abd. Kadir
Mustapha Sakmud
Dr. Zaini Ujang
#MalaysiaMADANI
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Sultan Ibrahim Menasihati Graduan Supaya Berdikari Dan Tidak Bergantung Pada Kerajaan