Kuala Lumpur, 14 Nov 2024, 6.00 petang – SERI Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim menekankan supaya rakyat belajar berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan. Menurut baginda perkara yang terlalu banyak mengharap kepada bantuan orang lain atau kerajaan akan menjadi diri kita malas berusaha dan sentiasa menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri dan menyalahkan kerajaan kerana tidak dapat menyediakan berbagai perkara yang sepatutnya mampu dilakukan oleh diri sendiri.
Sultan Ibrahim menasihatkan para graduan iaitu sebagai generasi yang bakal menjadi pemimpin negara, perlu menolak sikap bergantung pada pihak lain untuk terus berjaya dan apa yang penting adalah membina keyakinan didalam diri sendiri serta mempunyai inisiatif untuk memajukan diri.
Budaya dan sikap yang mengharap dan bergantung kepada pihak lain boleh memusnahkan keyakinan diri serta kemahuan untuk berjaya didalam kehidupan. Apabila banyak pihak yang sedia memberi bantuan maka kita dengan sengaja mengambil peluang untuk mendapatkannya tanpa mahu berusaha dan belajar agar menjadi pandai dan boleh mengurus masalah dan diri sendiri apabila berdepan dengan kesusahan.
Menurut baginda lagi, sikap kebergantungan kepada kerajaan sebagai contoh, boleh membenam potensi negara untuk terus maju. Kepada siapa lagi kerajaan dan negara menaruh harapan jika tidak pada generasi muda yang akan memimpin negara disuatu masa kelak?
Sultan Ibrahim menitahkan perkara ini sewaktu menyampaikan titah Diraja bersempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Istiadat Konvokesyen UITM ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM Shah Alam.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: