Kuala Lumpur, 14 Nov 2024, 12.00 tengahari – MENTERI di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan isitlah halal merujuk kepada produk atau premis makanan yang memenuhi aspek syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti. Manakala premis yang memaparkan istilah ” no pork” ” no alcohol” atau “tiada babi” “tiada alkohol” tidak menandakan bahawa premis tersebut boleh dimasuki oleh pelanggan Islam dan itu masih tidak mencukupi untuk menjamin status halal.
Maka itu JAKIM sentiasa berusaha untuk menyakinkan para peniaga bertapa perlunya sesebuah peniagaan makanan dan minuman untuk memperolehi pensijilan halal termasuk memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih peka kepada premis makanan yang ingin dikunjungi.
Dengan adanya pensijilan halal maka premis makanan itu dijamin telah pun memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan mengikut piawaian yang ditentukan oleh pihak berkuasa seperti JAKIM.
Menurut Mohd Na’im lagi, pensijilan halal di Malaysia masih dikategorikan sebagai sukarela sejak ia diperkenalkan pada 1974 dan dasar ini bermaksud ia terbuka kepada mana-mana industri atau premis semua keperluan dan syarat mengikut keperluan dan standard pensijilan halal. Perkara ini juga diperkuatkan melalui Akta Perihal Perdagangan 2011.
Pemilikan pensijilan halal merupakan satu jaminan dan turut memberikan nilai tambah kepada semua pengguna dan industri. Paling penting adalah ia berstatus halal dan toyyiban.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
PM Rasmi Kilang Pemasangan Tempatan (CKD) Proton Saga Di Giza Kaherah.