PM Rasmi Kilang Pemasangan Tempatan (CKD) Proton Saga Di Giza Kaherah.
Kilang Proton ini dijangkakan akan mula beroperasi pada bulan depan merupakan usaha sama yang dibuat berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang dijalin selama ini.

Kuala Lumpur, 12 Nov 2024, 9.00 malam – BAGI membawa Malaysia ke arah cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara negara, perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan kilang pemasangan tempatan (CKD) Proton Saga di Giza, dekat Kaherah.

Kilang Proton ini dijangkakan akan mula beroperasi pada bulan depan merupakan usaha sama yang dibuat berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang dijalin selama ini. Proton juga dilihat berpotensi untuk berkembang ke pasaran negara jiran dengan menjadikan Mesir sebagai hab utama.

Pembukaan kilang CKD Proton ini bertujuan untuk menjadikan Mesir sebagai hab perdagangan bagi rantau Afrika, manakala Malaysia pula menjadi hab mereka bagi Asia Tenggara.

Menurut Anwar lagi, selain dari untuk mengwujudkan usahasama didalam bidang perniagaan antarabangsa, ia juga bertujuan untuk memajukan industri tempatan didalam negara masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Proton Syed Faisal Albar berkata, proton perlu meneroka pasaran baharu bagi memajukan jenama kereta tempatan itu dan telah berhasrat menjadikan Mesir sebagai hab utama Proton di rantau ini, malah pusat pemasangan serantau di Giza ini adalah yang pertama untuk model pandu kiri kereta Proton di luar negara.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

SPRM Sedang Mengesan Mohamad Faizul Kamaruddin Bantu Siasatan Kes.