Lantik Veteran ATM Sebagai Warden Untuk Awasi Pelajar UPNM Dari Gejala Buli.
Sejak dari dulu budaya membuli merupakan satu bahagian yang kecil yang berlaku didalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia bertujuan untuk memantapkan fizikal dan mental anggota tentera.

Kuala Lumpur, 12 Nov 2024, 5.00 petang – BEKAS Ketua Perisik Tentera Darat yang juga Ahli Parlimen Ketereh Datuk Khlir Mohd Nor kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan satu kegagalan pihak pengurusan dan pentadbiran hal ehwal pelajar universiti tersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, Datuk Khlir telah mencadangkan supaya melantik veteran ATM sebagai warden untuk awasi pelajar UPNM dari gejala buli itu.

Khlir berkata, masalah yang sama tetap berulang dan amat jelas jika dilihat itu adalah kelemahan
pihak pengurusan UPNM. Untuk itu, beliau menyarankan supaya pihak pengurusan UPNM dirombak semula bagi mengatasi masalah buli itu.

Sejak dari dulu budaya membuli merupakan satu bahagian kecil yang berlaku didalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ini dilakukan bertujuan untuk memantapkan mental dan fizikal para anggota tentera supaya tabah dan kuat serta berani dalam menghadapi cabaran terutama didalam menjalankan tugas. Seorang anggota tentera perlu tegas maka itu mereka dilatih dengan berbagai cara yang ada ketikanya menyakitkan tubuh. Pendek kata seorang anggota tentera itu perlu menjadi seorang yang perkasa.

Namun, kejadian yang berlaku di UPNM sememangnya tidak boleh diterima kerana ia telah melibatkan kecederaan yang parah dan menyebabkan kematian. Perbuatan buli yang berlaku di UPNM dilihat keterlaluan. Menurut Khlir, ada banyak cara yang betul untuk melakukan disiplinkan pelajar dan mengajar mereka untuk menjadi manusia yang hebat dan gagah tetapi bukan dengan cara membuli.

Beliau membuat saranan supaya dilantik lebih banyak warden untuk mengawasi tindak tanduk pelajar dan sekali gus menghentikan gejala buli dikalangan para pelajar. Khlir mencadangkan supaya melantik warden dari kalangan Veteran Angkatan Tentera dan ini juga dapat membantu untuk para veteran tersebut untuk mendapat perkerjaan bagi menambah pendapatan keluarga.

Pada 10 Nov 2024, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa telah mendedahkan PDRM sedang menjalankan siasatan melibatkan seorang penuntut UPNM yang dipercayai mendapat kecederaan parah akibat dipijak oleh seorang pelajar senior dan rentetan dari peristiwa itu, pelajar junior yang tercedera itu telah mengalami retak dibahagian tulang rusuk dan tulang belakang. Peristiwa tersebut berlaku beberapa hari selepas satu kejadian pegawai kadet Akedemi Latihan Ketenteraan ( ALK ) dihadap ke mahkamah atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang pelajar junior dengan menggunakan seterika wap panas.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Bung Moktar Tidak Mahu Berkerjasama Dengan Parti Yang Pernah Mengkhianati BN Sabah.