Bung Moktar Tidak Mahu Berkerjasama Dengan Parti Yang Pernah Mengkhianati BN Sabah.
Bung Moktar tetap dengan pendiriannya untuk tidak berkerjasama dengan parti Gabungan Rakyat Sabah walaupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan ( PH) mungkin akan membuat kerjasama didalam semua aspek.

Kuala Lumpur, 12 Nov 2024, 12.00 tengahari – PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, tetap dengan pendiriannya untuk tidak berkerjasama dengan parti Gabungan Rakyat Sabah walaupun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan ( PH) mungkin akan membuat kerjasama didalam semua aspek termasuk berkerjasama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke – 16 akan datang. Dalam erti kata lain, Bung Moktar tidak mahu berkerjasama dengan parti yang pernah mengkhianati BN Sabah.

Menurut Bung Moktar lagi, beliau hanya mahu berkerjasama dengan BN-PH atau dengan parti-parti politik lain yang mahu berganding bahu dengan BN Sabah. Sebelum ini Presiden Umno ada mengatakan akan ada kemungkinan wujud kerjasama BN, PN Sabah dan GRS tetapi itu mungkin ada dan mungkin tidak. Mungkin berlaku atau tidak itu belum tahu. Beliau menjawab begitu ketika ditanya mengenai adakah Umno Sabah mempunyai autonomi untuk menentukan sendiri dengan siapa parti itu akan berkerjasama? Beliau seterusnya menjawab ” insyaalah kemungkinan akan ada ( autonomi ).

Bung Moktar turut menegaskan, banyak kerusi DUN milik BN sebelum ini yang dipinjamkan termasuk Kerusi Pantai Manis dan Kawang sewaktu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mana ketika itu berhadapan dengan Parti Warisan (Warisan). Semua kerusi DUN milik BN yang dipinjamkan akan diminta untuk dipulangkan semula untuk dipertandingkan mungkin atas tiket BN dalam PRN akan datang.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: