Kuala Lumpur, 11 Nov 2024, 12,00 – KETUA Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Fadzil, menyatakan bahawa tiada isu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri walaupun tempoh jawatan beliau sebagai Presiden PKR ramat selepas tiga penggal.
Menurut Fahmi, Anwar masih memegang peranan penting sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi Majlis rundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan, sekali gus mengelakkan sebarang konflik berkaitan jawatan beliau.
PKR sememangnya mengamalkan had tiga penggal bagi jawatan Presiden, tetapi pada waktu ini tidak ada isu berbangkit.
FAhmi turut menegaskan bahawa, Anwar boleh terus berkhidmat sebagai Perdana Menteri untuk penggal seterusnya tanpa sebarang halangan. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Hari Kurier Negara 2024 di Cyberjaya.
#Lebih Banyak Berita:
Tidak Diajar Berdisiplin Dan Beradabkah Oleh Tenaga Pengajar Universiti ini??