Tidak Diajar Berdisiplin Dan Beradabkah Oleh Tenaga Pengajar Universiti ini??
Kejadian itu berlaku kepada pelajar tahun satu dan dikatakan dipijak oleh pelajar senior tahun tiga di Universiti berkenaan pada kira-kira jam10.45 malam.

Kuala Lumpur, 10 Nov 2024, 11.00 malam – NEGARA sekali lagi digemparkan dengan kejadian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila seorang pelajar parah selepas dipijak pada 21 Oktober yang lalu, namun, perkara tersebut hanya dilaporkan pada pihak polis pada 8 Nov kira-kira jam 8.40 malam. Berbagai persoalan timbul di benak fikiran orang ramai, apakah para pelajar di Universiti tersebut tidak diajar berdisiplin dan beradabkah oleh tenaga pengajar Universiti itu sehingga sering berlaku kejadian yang menyakitkan para pelajar mereka sendiri ??

Kejadian itu berlaku kepada pelajar tahun satu dan dikatakan dipijak oleh pelajar senior tahun tiga di Universiti berkenaan pada kira-kira jam10.45 malam.

Akibat dari dipijak, mangsa telah mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang. Didalam siasatan yang dijalankan, mangsa dikatakan berada ditepi padang kawad Universiti berkenaan setelah namanya selesai dipanggil. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur ekoran kecederaan yang dialami.

Kejadian ini masih diperingkat siasatan dan pihak polis meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana bimbang akan menimbulkan banyak kekeliruan. Keputusan siasatan akan diumumkan sebaik sahaja kes siasatan lengkap.

pengurusan UPNM disarankan memberi perhatian yang lebih rapi terhadap para pelajar mereka yang kian terkenal dengan sikap yang tidak baik. Apabila kejadian seperti ini kerap berlaku dan terpapar di media sosial, ini boleh menimbulkan ketakutan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di Universiti tersebut.

Nama Universiti itu juga sudah tercemar .disebabkan sikap segelintir pelajarnya yang tidak beradab dan berdisiplin. Ada baiknya pihak pengurusan Universiti berkenaan melakukan reformasi bagi menjernihkan kembali nama pusat pengajian tinggi itu.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: