Kuala Lumpur, 11 Nov 2024, 11.00 malam -SELARAS dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YBhg. Dato’ Mohd Dusuki bin Mokhtar sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa mulai 12 November 2024.
Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkuat kuasa esok.
Berusia 57 tahun, Mohd Dusuki dilahirkan di Machang, Kelantan, dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta Ijazah Sarjana Undang-Undang dari University of Wollongong, Australia.
Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada beliau dan berharap agar tugas yang diamanahkan oleh negara kepadanya dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan adil serta saksama.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: