Tun Mahathir Berbicara Tentang Negara Ganjil?
Negara ini ganjil kerana amalannya terbalik.

Kuala Lumpur, 11 Nov 2024, 4.00 petang – TUN Mahathir berbicara tentang negara ganjil?? Beliau meluahkan beberapa perkara tentang negara itu yang dianggap oleh beliau sebagai terbalik. Dianya terbalik kerana yang baik dikatakan buruk dan yang benar menjadi bohong, yang bohong menjadi benar.

Seterusnya beliau berkata, kanan dikatakan kiri, yang kiri jadi kanan. Undang-undang juga demikian. Perlaksanaan undang-undang istimewa kerana yang salah dibebaskan dan yang bersih didakwa, disiasat untuk dihukum.

Maka bergelutlah rakyat melaku kesalahan untuk menyelamat diri mereka. Mereka mencuri, menerima sogokan dan menipu. Jumlah mereka begitu ramai dan tidak ada penjara untuk kurung mereka.

Tetapi tidak mengapa. Kerana yang salah tidak perlu dipenjarakan, yang bersih sahaja yang akan dimasuk ke dalam penjara. Mereka tidak ramai. Maka bergelutlah Jabatan siasatan menyiasat orang yang tidak salah. Masa dan dana dihabiskan.

Istimewa sungguhlah Negara bertuah ini dan pemimpinnya pun terpuji dan dipuji tiap hari dalam akhbar dan semua media termasuk media sosial. Syabas Negara terbalik.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
11 November 2024

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Walaupun Tempoh Anwar Sebagai Presiden PKR Tamat, Beliau Tetap PM.