Kuala Lumpur, 10 Nov 2024, 12.00 tengahari – MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis telah menerima aduan mengenai tindakan seorang Khatib sebuah masjid di Padang Serai Pulau Pinang yang membicarakan mengenai pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China didalam Khutbah Jumaat baru-baru ini. Perkara itu merupakan satu bentuk penyalahgunaan pentas khutbah dan dipercayai telah memberikan maklumat yang tidak tepat dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada jemaah yang hadir.
Kupasan mengenai isu pemberian kewarganegaraan itu tidak sepatutnya dibincangkan di dalam masjid kerana ia dianggap tidak sesuai dan telah mencemarkan institusi masjid apatah lagi didalam Khutbah Jumaat yang mulia. Menurut Saifuddin, Khutbah seharusnya menjadi landasan untuk berpesan akan perkara-perkara kebaikan serta meningkatkan ketakwaan tetapi bukan untuk menyemai kebencian dan fitnah.
Menurut Saifuddin lagi, beliau percaya teks asal Khutbah tiada kaitan dengan isu kewarganegaraan seperti yang disebut oleh Khatib itu. Oleh yang demikian, beliau telah membuat gesaan supaya pengurusan masjid berkenaan tidak lagi membenarkan Khutbah dibaca mengandungi isu yang tiada kaitan dengan keagamaan.
Beliau seterusnya berkata, isu ini akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman kerana dikategorikan sebagai penyalahgunaan pentas Khutbah. Masjid adalah tempat beribadah dan mendirikan solat. Bukan tempat untuk mencari kesalahan mana-mana pihak dan melepaskan marah kepada kerajaan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kecewa Dengan Saman Fitnah RM1.35 Juta, Namun, Muhyiddin Tetap Hormat Mahkamah