
Kuala Lumpur, 11 Nov 2024, 11.00 malam –BEKAS perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluahkan rasa terkilan terhadap keputusan mahkamah yang mengeluarkan perintah supaya beliau membayar ganti rugi sebanyak RM1.35 juta kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng Namun, beliau tetap menerima keputusan mahkamah tersebut walaupun dengan hati yang kecewa.
Ini berikutan kenyataan yang dibuat olehnya terhadap Pengerusi DAP itu tetapi percaya bahawa kenyataan yang dibuat oleh beliau di laman facebooknya pada tahun lalu tidak mempunyai unsur fitnah dan bersedia untuk membuat rayuan serta mempunyai hujah untuk membuat pembelaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain telah mengeluarkan perintah berkenaan selepas pihak Lim berjaya membuktikan kes dan Muhyiddin mempunyai berbagai sumber untuk membuat semakan namun masih cenderung untuk mengeluarkan kenyataan fitnah.
Menurut Muhyiddin, beliau percaya bahawa kenyataan yang dikeluarkan tidak berbaur fitnah dan bersedia untuk merujuk keputusan mahkamah supaya memadam semua kiriman tersebut daripada facebook dan semua platform media yang lain.
Ahli Parlimen Pagoh itu, diarahkan oleh mahkamah supaya membayar ganti rugi sebanyak RM350,000 bagi setiap kenyataan berjumlah RM1.5 juta ganti rugi am, RM150,000 ganti rugi teruk dan RM150,000 ganti rugi teladan.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: