Kuala Lumpur, 9 Nov 2024, 3.00 petang –PERSATUAN Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata bahawa ketagihan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan dengan data menunjukkan sembilan daripada 10 kanak-kanak kini memiliki akaun media sosial dan menghabiskan purata lapan jam sehari untuk melayari platform seperti TikTok, YouTube serta pelbagai aplikasi lain.
Menurut Ketua Pusat Pengajian yang juga pensyarah kanan (Komunikasi) Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Dr. Siti Zanariah Yusoff pula berpendapat, usaha melindungi kesejahteraan generasi muda terutama remaja dibawah 16 tahun amat penting kerana golongan itu dilihat semakin terdedah kepada bahaya dunia digital.
Walaupun cadangan melarang penggunaan media sosial bagi remaja berumur di bawah 16 tahun dilihat sebagai drastik namun, ia perlu bagi memastikan generasi muda negara membesar dalam persekitaran sihat dan bebas daripada pengaruh negatif dunia maya. Risiko paling tinggi yang akan dihadapi oleh remaja dan kanak-kanak adalah, sering menjadi mangsa antunan seksual, buli siber dan pelbagai bentuk eksploitasi yang boleh menghancurkan kehidupan mereka.
Dr Siti Zanariah juga menyeru kerjasama erat antara kerajaan, ibu bapa dan masyarakat mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan masyarakat terhadap isu ini. Penetapan had umur yang sesuai juga perlu dikaji secara komprehensif, mengambil kira konteks budaya, sosial dan ekonomi Malaysia. Untuk itu, semua pihak perlu mengkaji semula sistem kawal selia penggunaan media sosial di negara ini.
Kerajaan Australia baru-baru ini mengumumkan rancangan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk remaja di bawah usia 16 tahun yang menjadi topik hangat diperdebat di platform-platform media sosial. Mungkin ia dilihat seperti terlalu mengongkong para remaja terutamanya tetapi demi kebaikan dari segi mental dan kesihatan serta pembangunan minda anak-anak remaja ianya perlu di beri perhatian yang serius agar dapat melahirkan generasi yang sihat , bijak serta mementingkan kualiti hidup yang segar.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Isu Kemasukan Warga China Seramai 1.2 Juta. Kerajaan Nafi Beri Kerakyatan Kepada Mereka.