
Kuala Lumpur, 8 Nov 2024, 6.00 petang – SUDAH lebih dua tahun kita sering melihat dimedia sosial berita tentang kemasukan 1.2 juta rakyat dari negara China yang dikatakan tidak ada catitan rekod keluar dari negara ini dan telah menimbulkan rasa kebimbangan kepada segelintir rakyat Malaysia bahawa kemungkinan warga negara China itu telah diberi kerakyataan.
Namun dalam satu perbahasan di Dewan Parlimen, Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri YB Nasution Bin Ismail telah menafikan dakwaan pemberian kewarganegaraan kepada 1.2 juta rakyat China tersebut. Menurut beliau hanya 103 individu diberi kewarganegaraan mengikut Perlembagaan, dengan warga asing memasuki negara mengikut prosedur yang sah.
Menerusi sebuah laporan akhbar tempatan bertarikh 26 Julai 2022, Lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.
Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.
Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Datuk Shabudin Yahaya (BERSATU-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia di antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Menurut Menteri Pemilihan U Mobile Dibuat Secara Proses Tender.