e

Kuala Lumpur, 8 Nov 2024, 12.00 tengahari – MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, keputusan memilih U Mobile tidak bertentangan dengan syarat khas lesen bagi suatu lesen individu dan ia dilakukan melalui proses tender, bukannya secara penganugerahan terus. Pemilihan syarikat U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) sebagai penyedia Rangkaian 5G Kedua Malaysia berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal dikemukakan serta rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan.
Selain itu, faktor sumbangan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) dan projek penaiktarafan 4G juga antara faktor syarikat tersebut dipilih disamping pengawalseliaan dan pematuhan telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) .
Keperluan am pegangan ekuiti asing bagi lesen individu Pemberi Kemudahan Rangkaian (NFP) dan lesen individu Pemberi Perkhidmatan Rangkaian (NSP) adalah maksimum 49 peratus.“Manakala pegangan Bumiputera adalah sekurang-kurangnya 30 peratus. Keperluan ini diperuntukkan melalui syarat khas lesen bagi suatu lesen individu.
Untuk makluman, U Mobile mempunyai rekod prestasi selama lebih daripada 17 tahun dan berada dalam kedudukan yang baik untuk pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.“Syarikat itu juga pernah dinamakan sebagai ‘Syarikat Perkhidmatan Mudah Alih Malaysia Terbaik’ oleh Frost & Sullivan sebanyak enam kali,” ujarnya.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: