Sampai Bila Nak Tipu Rakyat Mengenai Beras Di Pasaran??
Menurut Hassan, Sekarang rakyat ditipu. Rakyat kena ‘scam’. Dalam isu beras ini bukan sahaja kartel tetapi ada mafia.

Kuala Lumpur, 7 Nov 2024, 9.00 malam – AHLI Parlimen PKR Hassan Karim menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bertanggungjawab dalam kewujudan kartel beras di Malaysia. Ahli Parlimen PKR itu berkata Datuk Seri Mohamad Sabu gagal mengekang permasalahan itu sekian lama sehingga memberi tekanan besar kepada rakyat. Sampai bila nak tipu rakyat mengenai beras di pasaran?? Dan Jangan Salahkan Persana Menteri.

Menurut Hassan, Sekarang rakyat ditipu. Rakyat kena ‘scam’. Dalam isu beras ini bukan sahaja kartel tetapi ada mafia. Petani jual beras ke kilang beras tempatan. Beras itu diproses menjadi beras import. Rakyat termasuk beliau yang beli beras import dengan harga RM40 ke RM50 itu dicampur dalam kandungannya beras tempatan. Perkara tersebut sehingga hari Ini gagal diselesaikan.

Hassan seterusnya berkata, tidak boleh salahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang isu kartel beras ini. Menteri seharusnya bertanggungjawab,” katanya ketika menjadi tamu audio siar Dari Kamar Haniff Khatri semalam. Sehingga hari ini rakyat dapat melihat kemerosotan kualiti beras yang dijual di pasaran dan harganya sangat mahal. Sampai bila rakyat harus menanggung penipuan ini?

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

JAKIM Pandang Serius Isu Pelancong China Melempar Jubah Kepada Pengawal Masjid