
Kuala Lumpur, 7 Nov 2024, 12.00 tengahari – TULAR di media sosial, yang menayangkan perbuatan yang dianggap biadab oleh seorang pelancong dari China sewaktu mengada lawatan di Masjid Putra, Putrajaya beberapa hari yang lalu. Perbuatan pelancong dari tanah besar itu telah mengundang kecaman dari seluruh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak menghormati adat dan adab sewaktu mengadakan lawatan ditempat suci orang Islam. Di atas kelakuan pelancong tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memandang serius isu melempar jubah kepada pengawal Masjid Putra itu dan tanpa berlengah telah pun melakukan siasatan.
Bukan setakat itu sahaja, kelihatan juga beberapa kon kemungkinan dilanggar atau dengan sengaja disepak juga disiasat dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan yang tersedia. Dengan perbuatan biadap yang ditunjukkan oleh pelancong dari China itu, tidak mustahil berbagai perkara yang tidak baik akan timbul diminda rakyat Malaysia terutama orang Islam kerana ia ternyata telah mencemarkan kesucian rumah Allah.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pihak Masjid Putra sentiasa mengalu-alukan kunjungan orang ramai dan para pelancong ke Masjid Putra dengan syarat mematuhi Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan Ke Masjid Putra, Putrajaya bagi tujuan mempromosikan mesej dan keindahan serta keharmonian Islam sejagat. Namun, pada masa yang sama tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang dilihat cuba mengganggu gugat serta melakukan perbuatan tidak beradab terhadap rumah Allah yang menjadi lambang kesucian agama Islam di negara ini.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Mengambil Prospek (Banduan) Sebagai Perkerja, Dapat Mengurangkan Warga Asing.