Mengambil Prospek (Banduan) Sebagai Perkerja, Dapat Mengurangkan Warga Asing.
Sesi ini juga diharapkan dapat mengurangkan jumlah penghuni penjara yang meningkat melalui pelbagai inisiatif Reformasi Penjara (Prison Reform)

Kuala Lumpur, 6 Nov 2024, 9.00 malam – “MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA PEKERJA ASING MELALUI PENGAMBILAN PROSPEK YANG MENJALANI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI”

Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama beberapa pemain industri telah menghadiri Sesi ‘Townhall’ anjuran Jabatan Penjara Malaysia bagi melihat dan meneliti serta mendapatkan maklum balas mengenai cadangan mengambil prospek ( banduan ) untuk menggantikan perkerja asing didalam beberapa sektor sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pendatang asing. Inisiatif ini dilihat satu perkara yang amat baik kerana menggantikan buruh asing dengan prospek dapat mengurangkan penghuni penjara yang kian meningkat.

Tujuan Kepada Sesi Town Hall ini adalah untuk para pemain industri dan majikan melihat secara dekat prospek dan kebolehan serta bakat yang dimiliki oleh mereka agar dapat diserapkan didalam sektor perkerjaan yang sesuai. Selain itu, ia juga dapat memenuhi ruang jawatan kosong yang sebelum ini disi oleh perkerjaan asing sekali gus dapat mengurangkan import perkerja luar. Ini membolehkan prospek berada 2/3 didalam jumlah yang layak menjalani pemulihan didalam komuniti.

Iinisiatif Reformasi Penjara (Prison Reform) ini termasuk program pemulihan dalam komuniti yang bukan sahaja memberi manfaat kepada prospek serta ahli keluarga malahan kepada negara dalam mengurangkan kos tanggungan operasi institusi Penjara. Sungguh membanggakan apabila sesi Town Hall ini disertai oleh pemain-pemain dan majikan pelbagai sektor (perkhidmatan, perladangan, perindustrian, pembinaan), persatuan-persatuan majikan serta agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO dan MIDA.

Turut hadir YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiusaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YBhg. Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, YBhg TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), YBrs. TKJP Haji Ahmad Faudzi bin Awang, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Pegawai-Pegawai Kanan KDN dan Jabatan Penjara Malaysia.

#JabatanPenjaraMalaysia
#PenerajuPerkhidmatanKorektif
#MalaysiaMadani #TaatSetia
#MDNPrisonReform

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

SPRM Tidak Berkompromi Mengenai Isu Intergriti Dan Etika Kerja Semua Pegawainya.