Kuala Lumpur, 5 Nov 2024, 6.00 petang – PERTUDUHAN TERHADAP PEGAWAI SPRM DI MAHKAMAH.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin memaklumkan bahawa seorang pegawainya, Azizun Bin Mohamad, yang memegang jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya (Gred P48) telah dihadapkan ke Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan harta dengan curang. SPRM telah mengatakan,tidak berkompromi mengenai isu intergriti dan etika kerja semua pegawainya.
Azizun Bin Mohamad didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan wang sitaan sebanyak RM613,000.00, berkaitan dengan Op Green, iaitu operasi SPRM yang berjaya membongkar kes penipuan pendaftaran kenderaan diesel dalam sistem mySikap pada tahun 2019.
Kesalahan tersebut didakwa berlaku di antara 1 Jun 2020 sehingga 9 Februari 2024 di Cyberjaya, Daerah Sepang, Selangor. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun, dikenakan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda.
SPRM mengambil serius dan tidak berkompromi terhadap isu integriti dan etika kerja semua pegawainya. Harus ditegaskan, SPRM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang melanggar peraturan dan undang-undang bagi memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada Suruhanjaya terus terpelihara.
Tindakan ini mencerminkan kesungguhan SPRM dalam menegakkan keadilan dan membanteras rasuah dan salah guna kuasa tanpa pilih kasih. SPRM bertekad mengekalkan ketelusan dalam setiap tindakan bagi memastikan keadilan dan proses perundangan dilaksanakan sewajarnya.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
5 NOVEMBER 2024
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Nak Bayar KWSP Perkerja Tempatan Pun Majikan Merungut, Inikan Pula Nak Bayar KWSP Warga Asing?