
Kuala Lumpur, 3 Nov 2024, 12.00 tengahari – BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Undang-Undang ) Datuk Mohd Zaid Ibrahim, UMNO akan kembali diyakini oleh rakyat sekiranya isu 1MDB selesai sepenuhnya. Justeru, beliau berpendapat parti itu perlu mencari punca masalah isu tersebut dan menyelesaikannya jika ingin mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka.
Dengan hanya memasukkan seorang individu sahaja ke dalam penjara, ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Semua individu yang didapati berkaitan dan bertanggungjawab perlu dimasukkan ke dalam penjara juga untuk memudahkan pengumpulan maklumat.
Dalam pada itu, Zaid menegaskan, kritikan yang dilontarkan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno sebelum ini bukan bertujuan untuk memburukkan parti yang disertainya itu, sebaliknya mahu menjadikan parti tersebut kembali kuat dan seterusnya menjadi pilihan rakyat seperti dahulu.
Umno telah jatuh dipercayai disebabkan isu 1MDB, namun parti itu boleh kembali berkuasa sekiranya dapat mencari punca kepada masalah tersebut. Bukan hanya dapat menyelamatkan seorang pemimpin tetapi memastikan Umno kekal dominan dan relevan.
Bagaimana caranya ialah, dengan memperjuangkan perubahan dan memastikan institusi dan pentadbiran dapat mengelak dari masalah yang sama agar tidak berulang kembali. Menurut beliau lagi, Umno masih kekal penting kerana ianya satu-satunya parti yang sesuai untuk mentadbir negara yang terdiri dari berbilang kaum Melayu, Cina, India Khadazan dan Iban malah untuk mereka yang tiada warganegara juga.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
SPRM Mulakan Siasatan Behubung Fesyen Valet Yang Melibatkan Khazanah Dan PNB.