Kuala Lumpur, 2 Nov 2024, 11.00 malam – KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan beliau telah mengarahkan pegawainya untuk memulakan siasatan ke atas Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet yang dikatakan mengalami kerugian pelaburan berjumlah kira-kira RM43.9 juta. Perkara ini disiasat kerana ia melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, FashionValet kepada syarikat bumiputera, NXBT Partners pada 2023. Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.
SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional. Orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak yang terbabit.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
MARA Nafi Menawarkan Pinjaman Seperti Yang Tersebar Di Media Sosial.