

Perlaksanaan Ops Khas Motosikal ini adalah susulan daripada statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kemalangan dengan kematian.
Kuala Lumpur, 1 Nov 2024, 6.00 petang – JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 selama dua (2) bulan bermula 1 November hingga 31 Disember 2024 di seluruh negara terhadap penunggang dan pemilik motosikal bagi pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah – Kaedah seperti diatas.
JPJ memohon kerjasama pengguna jalan raya khususnya penunggang/ pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika dijalan raya. Usaha ini juga adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya di negara selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya di Malaysia. (PKJRM)
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: