
Kuala Lumpur, 31 Okt 2024, 11.00 malam – RAKYAT Malaysia tentu sudah menyangka tidak akan ada lagi kes buli di Institusi Pengajian Tinggi Atau pun di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seperti mana kisah menyayat hati yang menimpa Allahyarham Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain yang maut akibat dibuli oleh sekumpulan pegawai kadet yang juga rakan baiknya dengan menggunakan seterika wap yang ditekap di sembilan puluh bahagian badan pegawai kadet tersebut. Namun, viral terbaru, berulang lagi peristiwa tekapan seterika di UPNM.
Tular di media sosial baru-baru ini, kejadian buli dan dera yang dipercayai menggunakan seterika oleh seorang pegawai kadet senior di Akademi Latihan Tentera ( ALK ) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kejadian itu dilakukan kepada pegawai kadet lain yang mungkin lebih junior. Tekapan seterika itu dilakukan dibahagian dada dan menyebabkan kesan lecuran seperti yang dilihat didalam media sosial.
Menurut ATM, siasatan akan dilakukan dengan lebih terperinci dan menegaskan bahawa ATM tidak akan berkompromi dengan pihak yang terlibat dan terbukti melakukan kesalahan tersebut. Tindakan disiplin yang tegas akan diambil serta berkemungkinan berdepan tindakan undang – undang yang lebih keras.
Orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat sebarang andaian kerana buat masa ini kes masih lagi di dalam siasatan. Beri ruang secukupnya kepada ATM untuk menjalankan tugas mereka dengan lancar tanpa ada gangguan. Perkara ini perlu diteliti dan diperhalusi supaya boleh menghasilkan keputusan yang adil kepada pihak yang terainaya.
Segala perkembangan siasatan, akan dimaklumkan oleh ATM kepada umum .
Prezcom
Lebih Banyak Berita:
JIM Selamatkan 5 Amah Warga Asing. Dalang Sindiket Dan Ejen Haram Dikenal Pasti.