Banyak Kejutan Akan Berlaku Jika SPRM Masuk Ke Semua Jabatan Kerajaan Dan GLCs.
Kakitangan perlu berani bersuara sekiranya terdapat salah laku didalam jabatan atau agensi agar tidak dituduh bersubahat. Berikan maklumat kepada pihak berkuasa untuk selamatkan keadaan dan kakitangan juga tidak lagi dibelenggu dengan rasa takut dan bersalah.

Kuala Lumpur, 1 Nov 2024, 11.00 malam – CERITA terhangat dipasaran media sosial kini ialah mengenai kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion. Warga maya berpendapat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan langkah penyiasatan terhadap isu berkenaan adalah satu tindakan yang tepat kerana jika dibiarkan ia akan mendatangkan kerugian pada negara. Bukan sahaja di satu jabatan malah, banyak kejutan akan berlaku jika SPRM ke semua jabatan kerajaan dan GLCs. Mungkin ada yang lebih teruk dari itu.

Dengan tindakan yang pantas oleh SPRM dapatlah menyelesaikan isu yang besar ini dan jika benar berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa maka tindakan segera boleh diambil dan membawa pesalah ke muka pengadilan. Perkara ini boleh menular dengan cepat seperti barah jika ia tidak dibanteras dengan cepat.

Kakitangan perlu berani bersuara sekiranya terdapat salah laku didalam jabatan atau agensi agar tidak dituduh bersubahat. Berikan maklumat kepada pihak berkuasa untuk selamatkan keadaan dan kakitangan juga tidak lagi dibelenggu dengan rasa takut dan bersalah. Dengan kesungguhan dan bantuan SPRM, ia juga dapat menjadi petanda aras kepada semua pihak bahawa tiada siapa yang akan terlepas jika terbabit dengan rasuah.

Besar harapan rakyat kepada SPRM untuk masuk kedalam setiap jabatan kerajaan dan agensi untuk memeriksa dan memantau membersihkan kakitangan yang tidak amanah. Kalau dibongkar semua jabatan, mungkin akan berlaku kejutan yang besar terhadap rakyat. Banyak berlaku rasuah didalam jabatan kerajaan dan mungkin juga didalam seluruh GLC. Ketirisan boleh dicegah sekiranya SPRM kerap terjah disetiap pejabat namun, kerjasama dari kakitangan perlu ada untuk melaporkan.

Perlu untuk SPRM masuk ke setiap jabatan sebagai satu amaran besar-besaran agar individu dari jawatan tinggi hingga serendah-rendahnya berasa gerun untuk melakukan mengambil dan memberi rasuah. Siasat juga mana-mana individu tidak kira siapa di belakang mereka sama ada berpengaruh atau tidak. Jika tidak dihentikan sampai bila-bila perancangan yang baik oleh pihak atasan untuk membantu rakyat akan terbantut. Banyak peruntukan yang bocor angkara pelaku rasuah. Bersama-samalah kita menyokong segala agenda perubahan untuk membanteras rasuah demi kebaikan rakyat dan masa depan anak cucu kita.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Peringatan Kepada Pesalah Motosikal – Ops Khas Motosikal Bermula 1 Nov 2024.