
Kuala Lumpur, 28 Okt 2024, 6.00 petang – SEMENJAK Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung skandal 1mdb, sehingga kini berbagai reaksi yang diterima dari seluruh negara. Ahli politik dari DAP merupakan pengkritik yang banyak menunjuk rasa tidak puas hati. Adakah DAP risau seandainya rakyat Malaysia memaafkan Najib dan seterusnya bebas dari penjara?
Terbaharu adalah kenyataan dari Anthony Loke yang menyatakan bahawa jenayah tetap jenayah, permohonan maaf tidak membawa apa apa makna kerana Najib telah pun didapati bersalah oleh mahkamah. Menurut loke, Najib akan berhadapan dengan bebagai lagi tuduhan yang mungkin dirujuk mengenai skandal 1mdb atau tuduhan lain.
Merujuk kepada sebuah portal berita tempatan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mengeluh dengan mengatakan kemungkinan pencuri yang mencuri wang boleh bersenang-senang menjalani hukuman tahanan rumah. Pemimpin DAP itu memberi gambaran bahawa seseorang yang melakukan kesalahan mencuri tidak akan berdepan akibat buruk atau dihukum.
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer pula berkata, dia bimbang jika kita menerima permohonan maaf Najib, rakyat tidak akan memaafkan kita,” katanya dalam hantaran di Facebook. Ahli Parlimen Jelutong itu juga menyenaraikan beberapa perkara yang dikatakan keburukan yang dibawa oleh Najib sewaktu pentadbirannya yang banyak menyusahkan pihak pembangkang waktu yang dikatakan mahu ketengahkan semua bukti mengenai kecurangan 1mdb.
Adakah kritikan ini memberi petanda bahawa mereka takut akan pembebasan Najib atau mendapat tahanan rumah iaitu hukuman yang lebih ringan yang lebih selesa sedangkan mereka mahu Najib diberi hukuman yang berat kerana dikatakan mencuri wang mereka seperti mana yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Barangan Di Pasar Malam Bukan Lagi Pilihan Kebanyakkan Pelanggan.