Barangan Di Pasar Malam Bukan Lagi Pilihan Kebanyakkan Pelanggan.
Kini barangan di pasar malam bukan lagi pilihan pelanggan kerana tarikan jualan didalam talian dan faktor ekonomi rakyat Malaysia yang tidak memberangsangkan.

Kuala Lumpur. 28 Okt 2024, 3.00 petang – KELUHAN peniaga dipasar malam makin kerap kita dengar bermula selepas musim covid-19 sehingga kini. Pendapatan peniaga merosot apabila ekonomi diseluruh dunia merudum ditambah dengan jumlah rakyat yang mengganggur akibat kehilangan perkerjaan akibat musim pendemik covid itu  juga. Apa yang sering kita dengar kini adalah berniaga secara terbuka tidak lagi menguntungkan berbanding berniaga secara dalam talian yang lebih laju walaupun kemungkinan pelanggan berhadapan dengan penipuan. Kini, barangan di pasar malam bukan lagi pilihan kebanyakkan pelanggan kerana tarikan jualan didalam talian dan faktor ekonomi rakyat Malaysia yang tidak memberangsangkan.

Jika dahulu pasar malam merupa lokasi utama para pengunjung untuk mencari berbagai barangan terutama pakaian dan tudung. Dari produk perhiasan diri dan barangan rumah hinggalah makanan yang enak semuanya boleh didapati dengan mudah dipasaran. Pelanggan yang kurang berkemampuan juga boleh mendapatkan barangan yang ingin dimiliki kerana banyak terdapat barangan yang berharga paling rendah dan tahan lama seperti barangan dari Thailand yang menyerupai barang tulin yang mahal dari Eropah.

Jualan secara terbuka bukan lagi pilihan pelanggan kerana tarikan produk didalam gambar yang dipaparkan didalam platform secara talian seperti di Shopee, Lazada, Tik tok dan difacebook juga menarik dipandang dan banyak pilihan. Produk yang laris dipasaran secara online atau talian adalah barangan kosmetik, pakaian, beg tangan wanita, jam tangan, peralatan dapur, peralatan elektrik dan tudung. Keluhan dan rintihan dari beberapa peniaga amat meruntun hati apabila terpaksa kembali berkerja kerana produk atau makanan yang dijual tidak begitu mendapat sambutan di pasar malam.

Seorang peniaga terpaksa menghentikan jualan tudung selepas menanggung kerugian dan beralih arah dengan menjual buah-buahan bersama ibu bapa kerana tiada lagi menjalankan perniagaan sendiri. Ada peniaga yang menjual pakaian tetapi tidak boleh diteruskan kerana berniaga dipasar malam saiz tapak perniagaan terhad dan tidak boleh meletakkan banyak pakaian untuk pilihan pelanggan.

Ada juga peniaga yang menjual barang permainan kanak-kanak tetapi terpaksa dihentikan kerana dikatakan mahal. Jika dijual murah tentu tiada keuntungan dan pembekal juga meletakkan harga yang tinggi kepada peniaga barangan mainan. Begitu juga barang kelengkapan bayi seperti baju dan lampin pakai buang. Baju bayi yang kurang berjenama dikatakan tidak sedap dipakai kerana kualiti kain yang tidak bagus. Lampin pakai buang yang tidak berjenama boleh menyebabkan bayi mendapat alahan kulit. Semua barangan yang tidak berjenama boleh didapati dipasar malam tetapi bukan pilihan pelanggan kerana kualiti yang tidak menepati cita rasa pelanggan.

Untuk sektor pemakanan pula makanan yang dijual dalam talian lebih menarik kerana terdapat banyak resipi baru yang setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kalau dipasar malam biasanya makanan yang sama boleh dilihat dan tidak mendapat perhatian golongan muda. Satu perkara yang lebih penting adalah, apabila berlaku kenaikan harga barang, peniaga makanan terpaksa naikkan harga jualan. Sekiranya harga jualan dikekalkan seperti sebelum itu, kuantiti makanan pula akan dikurangkan.

Bukan sahaja peniaga dipasar malam saja yang mengalami kerugian tetapi pelanggan juga akan rugi jika membeli kerana barangan dipasar malam dikatakan tidak berkualiti dan makanan tidak lagi enak dan banyak seperti dahulu akibat terpaksa mengimbangi dengan harga yang didapati dari pembekal makanan.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Guru Diberi Cuti Untuk Bersama Isteri Yang Di uji Dengan Penyakit Kanser.