Ramai Musuh Najib Ambil Kesempatan Menghina Apabila Beliau Mohon Maaf.
Najib memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai isu 1mdb bukan sebab beliau telah membuat kesalahan, tetapi kecelaruan dan salah faham  dalam syarikat tersebut berlaku semasa dia menjadi perdana menteri.

Kuala Lumpur, 25 Okt 2024,9.00 malam – SEJAK bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung skandal 1MDB yang mengejutkan seluruh dunia, dilihat rata-rata rakyat Malaysia memberikan berbagai respond yang memuji keberanian dan kebaikan serta sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan dan ada juga yang mencemuh dan terus meletakkan kesalahan kepada bahu beliau serta tak kurang juga musuh tradisi beliau yang mengambil kesempatan menghina apabila beliau memohon maaf.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temuramah bersama pemberita selepas solat Jumaat di Surau Ar-Rahman, Presint 16 berkata, beliau menerima baik permohonan maaf secara terbuka bekas perdana menteri itu kepada rakyat berhubung salah laku yang terjadi didalam 1MDB. Namun, didalam keghairahan rakyat memberi pandangan, terdapat satu komen dari seorang ahli politik yang meminta supaya bekas perdana menteri itu mengaku bersalah kemudian parti politiknya akan membantu untuk membuat permohonan bagi pembebasan Datuk Seri Najib. Mengapa perlu Datuk Seri Najib mengaku bersalah ? Sedangkan beliau tidak mengatakan bahawa beliau bersalah dan untuk itu beliau memohon maaf.

Kenyataan beliau secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukanlah satu kenyataan yang mahu menimbulkan rasa kasihan kepada beliau, tetapi itu adalah petunjuk bahawa Najib seorang yang berjiwa besar.  Walaupun ramai yang berkata beliau tidak bersalah dan percaya bahawa Najib telah diperangkap. Namun, sebagai bekas pemimpin negara yang bertanggungjawab, beliau merasa begitu terkilan kerana  kecurangan dalam 1MDB berlaku semasa di bawah pengawasan beliau sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.

Najib, yang kini menjalani hukuman penjara enam tahun dan terlibat dalam prosiding undang-undang lain berkaitan 1MDB, mendakwa artikel yang diterbitkan The Edge awal bulan ini, yang menunjukkan bagaimana Jho Low dan dua eksekutif Petrosaudi, Patrick Mahoney dan Tarek Obaid berpakat untuk menyelewengkan dana 1MDB dan menunjukkan bahawa beliau ditipu.

Didalam Artikel itu, ada menyatakan Najib tidak sedar penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB, tapi sekurang-kurangnya hanya sehingga 2010, dan berkenaan penyelewengan AS$1.5 bilion daripada bon yang diterbitkan pada 2009. Bagaimanapun artikel The Edge yang disebut Najib tidak menyatakan dia tidak bersalah sepenuhnya, seperti didakwa.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Adakah MARA Bertanya Masalah Peminjam Sebelum Senarai Hitam Nama Mereka?