Kuala Lumpur, 25 Okt 2024, 12.00 tengahari – PERNAHKAH Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) terfikir sama ada para peminjam pelajaran mempunyai masalah atau tidak buat masa ini untuk membuat pembayaran balik pinjaman? Adakah Mara pernah bertemu bual untuk bertanya masalah peminjam sebelum senarai hitamkan nama mereka? Itu lah yang menjadi pertanyaan dari para peminjam pelajaran kepada Mara.
Negara dikejutkan dengan tindakan Mara meyenarai hitam seramai 97,866 peminjam pelajaran institusi berkenaan yang bertujuan untuk pengukuhan pembayaran balik pinjaman MARA. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, jumlah itu adalah daripada 197,348 peminjam aktif.
Menurut Rubiah, bagi tahun 2023, Mara telah mencapai bayaran balik hampir seratus peratus iaitu seperti mana yang disasarkan. Tambah beliau lagi, setakat suku ketiga 2024, kutipan bayaran balik dari peminjam telah mencapai tujuh puluh peratus daripada jumlah sasaran yang ditetapkan.
Ditanya apakah langkah untuk melonggarkan syarat pinjaman bagi ibu bapa yang disenarai hitam? Rubiah menjawab, rundingan masih boleh dijalankan dengan mengambil kaedah membayar secara ansuran mengikut kemampuan ibu bapa atau peminjam sendiri. Selain itu, mereka hanya perlu membayar tunggakan terlebih dahulu dan bukannya jumlah keseluruhan pinjaman.
sehingga September lalu seramai 96,857 pelajar menerima kemudahan pinjaman pelajaran MARA di dalam dan luar negara. Pinjaman bagi pengajian dalam negara adalah seramai 90,919 pelajar, manakala 5,938 pelajar menerima pinjaman bagi melanjutkan pengajian ke luar negara.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: