
Kuala Lumpur,24 Okt 2024, 10.00 pagi – HASRAT Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar IbrahimĀ supaya Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disambut baik oleh banyak pihak dan perkara ini sebenarnya telah lama menjadi gesaan kepada kerajaan untuk mewujudkan era tadbir urus lebih telus dan memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab masing-masing.
Pengauditan ini dilakukan susulan pindaan Akta Audit 1957 pad Julai lalu membenarkan Ketua Audit Negara memeriksa, menyiasat dan mengaudit mana-mana badan lain termasuk syarikat didaftarkan mengikut Akta Syarikat 2016 (Akta 777) yang menerima jaminan kewangan Kerajaan Persekutuan atau negara. Pada masa yang sama, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebelum ini dilapor berkata, JAN akan melakukan pengauditan terhadap 2,000 GLC bermula tahun depan.
Tidak ada lain cara melainkan melakukan pengauditan dan seterusnya memantau bagi memastikan tidak berlaku apa-apa kecurangan dalam agensi-agensi berkenaan dengan memberi kejutan supaya badan-badan bukan kerajaan ini menjalankan amanah mereka dengan telus dan lebih bertanggungjawab. Selain itu langkah ini dilihat selari dengan hasrat untuk memastikan syarikat bukan kerajaan diurus mengikut mandat sebenar khususnya demi kesejahteraan ekonomi rakyat. Katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Selasa.
Sebelum ini pernah berlaku kritikan terhadap badan bukan kerajaan ini yang didedahkan oleh seorang ahli politik veteran mengenai gaji dan elaun seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di institusi kewangan dan pengerusi lantikan politik dalam agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah dari RM50,000 hingga RM2 juta sebulan.
Daripada jumlah lantikan itu, kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit sebulan wang rakyat untuk membayar gaji mereka sedangkan golongan marhaen berdepan dengan kehilangan pendapatan, pekerjaan dan gaji dipotong bermula dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendemik Covid-19 beberapa tahun dahulu.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita :
Ahli Parlimen Kesal, Banjir Di Kuala Lumpur Tidak Diberi Perhatian Dalam Bajet 2025.