Kuala Lumpur, 23 Okt 2024. 9.00 malam – AHLI Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah mempersoalkan tindakan kerajaan meluluskan projek pembangunan dikawasan yang padat penduduk yang tinggi dimana kawasan ini dilihat berisiko menjadikan banjir lebih teruk di Kuala Lumpur. Selain itu, Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana banjir yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak diberi perhatian dalam bajet 2025.
Sepertimana yang berlaku baru-baru ini, insiden banjir yang begitu dashyat berkemungkinan mampu menenggelamkan Kuala Lumpur dimasa akan datang kerana limpahan air yang banyak tidak lagi dapat disekat dari melimpahi bandar tersebut kerana padat dengan bangunan dan perumahan. Ini telah menyebabkan banyak saluran air yang semula jadi telah tertutup.
Namun, Teresa mengakui bahawa apa yang berlaku adalah tanda – tanda perubahan iklim. Beliau berkata demikian didalam sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat.
Justeru itu, Teresa juga mengingatkan kerajaan bahawa isu banjir yang baru sahaja berlaku itu perlu diberi perhatian serius dan perubahan iklim juga perlu kerap diambil tahu kerana jika terlalai ia mampu membawa bencana banjir yang lebih besar sekiranya tiada persediaan dilakukan dan pembangunan pesat akan terus dilakukan.
Mungkin juga timbul sedikit rasa dukacita pada dirinya apabila kerajaan telah membatalkan 4 ekar tanah kolam untuk takungan banjir sebaliknya memberi milik kepada pemaju untuk mendirikan rumah pada pasaran bebas. Bukan itu sahaja, kerajaan juga memberi plot tanah yang sepatutnya dibina kolam takungan banjir yang dikatakan bernilai RM40 juta.
Apakah pembangunan lebih penting dari bencana yang akan dihadapi ? Apa ertinya pembangunan dan kepesatan sekiranya bencana seperti banjir akan memburukkan rupa paras bandaraya dan meranapkan kembali apa yang dibina ?
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: