Kuala Lumpur, 23 Okt 2024, 6.00 petang –PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sehingga september tahun ini 105 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM918,063.03, dan pada tahun lalu pula, mencatatkan 137 kes dengan kerugian kira-kira RM2.1 juta kes penipuan yang melibatkan pembelian beg tangan dalam talian.
Terdapat kes dimana seorang wanita telah kerugian sebanyak RM5000 kerana telah terpedaya dengan membeli sebuah beg tangan didalam talian melalui satu akaun di Instagram. Mangsa dikatakan telah terpengaruh dengan jualan separuh harga yang ditawarkan oleh pemilik akaun berkenaan dengan mengatakan bahawa beg tangan tersebut akan dibeli diluar negara.
Suspek tersebut telah memperdaya pelanggannya dengan menggunakan teknik mempamerkam testimoni beberapa pelanggan lain yang berpuas hati dengan ketulinan dan kecantikkan beg tangan tersebut serta membuat tawaran untuk membuat hantaran dengan segera sehingga barangan sampai ke tangan pelanggan .
Orang ramai seharusnya sedar bahawa pembelian menerusi platform online amat berisiko menghadapi penipuan kerana peniaga diplatform online akan membuat sesuatu produk itu dilihat menarik. Dengan itu individu yang tertarik akan membuat tempahan walaupun dengan harga yang mahal dan lebih mengecewakan lagi, pelanggan tidak bertanya tentang jaminan dan penjual juga tidak akan menjanjikan jaminan terhadap barangan yang mereka jual.
Datuk Ramli turut menasihatkan orang ramai yang berminat untuk membeli secara talian atau online, selidik terlebih dahulu mengenai latar belakang penjual dan cuba kenal pasti syarikat yang menjual dan paling penting plaform yang digunakan oleh penjual adalah yang sah serta barang yang dijual mempunyai jaminan. Ini disebabkan terdapat banyak barangan yang ditawarkan dengan harga murah itu didakwa sebagai tulen namun tidak diketahui sumber dan sebagainya.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan teknik penjualan online kerana dizaman ini banyak manusia yang tidak bertanggungjawab dan suka membuat penipuan dengan mudah melalui jualan seperti ini. Ingatkan diri masing-masing supaya tidak mudah terjebak dengan penipuan kerana adakala kita tidak akan sedar bahawa kita sebenarnya telah ditipu dengan jumlah wang yang begitu banyak.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: