Pembersihan Di Jabatan Imigresen Malaysia.
Dengan persetujuan Ketua Pengarah JIM, melakukan pembersihan perkhidmatan awam serta operasi besar-besaran dalam Imigresen sekali gus melaksanakan reformasi jabatan berkenaan supaya tidak berlaku lagi gejala rasuah.

Kuala Lumpur, 22 Okt 2024, 12.00 malam – TELAH pun diketahui umum, bertapa parahnya kejadian mengamalkan rasuah didalam perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang sering kali dipaparkan didada akhbar dan dimedia sosial sejak kebelakangan ini. Nama jabatan tersebut telah lama tercemar disebabkan perbuatan anggota berpangkat rendah sehinggalah mereka yang berpangkat pegawai kanan  melakukan rasuah kerana begitu taksub dengan kewangan dan harta benda. Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tan Sri Azam Baki dengan persetujuan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Zakaria Shaaban bertekad untuk melakukan pembersihan di Jabatan Imigresen Malaysia.

Dengan tertangkapnya seramai 50 orang pegawai dan anggota berpangkat rendah yang ditugaskan mengawal pintu masuk negara melalui satu kegiatan haram yang dinamakan ” Counter Setting” oleh SPRM pada 18 September yang lalu maka, ia akan menjadi titik tolak kepada kedua-dua jabatan tersebut untuk melakukan pembersihan secara besar-besaran agar kegiatan mengambil rasuah dan salah guna kuasa tidak akan berulang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut mendedahkan, operasi yang giat dijalankan ketika ini tidak akan berjaya tanpa perbincangan sulit dengan bekas Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh selain maklumat dalaman daripada beberapa pegawai jabatan berkenaan. Malah, menurut Ketua Pengarah Imigresen baharu ini, pihaknya sedang meneliti semula segala bentuk usaha bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) jabatan tersebut.

Ketua Pengarah JIM yang baharu itu juga membuat gesaan supaya penambahbaikan secara menyeluruh keatas semua SOP yang sedia ada dan akan meneruskan cadangan untuk membuat pusingan kerja kepada semua anggota yang bertugas dipintu masuk negara.

Pada awal bulan lalu, SPRM telah membongkar kegiatan sindiket yang membawa masuk warga asing, termasuk dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India, Pakistan, dan Nepal, melalui pintu masuk negara dengan menggunakan modus operandicounter settingdengan mempromosikan  pakej untuk masuk ke Malaysia yang dijalankan melalui platform media sosial seperti facebook, telegram serta aplikasi lain. Jumlah rasuah yang dibayar kepada setiap pegawai imigresen yang terlibat adalah antara RM200 hingga RM2,500.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: