
Kuala Lumpur, 20 Okt 2024, 9.00 malam – TERBACA didalam facebook Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, menceritakan kisah Mr Venon Tian iaitu pengasas kepada jenama ZUSCoffee yang juga COO kepada syarikat yang terkenal diseluruh negara itu. Walaupun Venon bukan seorang yang beragama Islam tetapi setiap tindakan berkenaan ZUSCoffee akan dirujuk terlebih dahulu kepada Dr Mohd Izhar selaku Penasihat Syariah Zus Malaysia dan Jabatan Kualiti & Halal ZUSCoffee yang diketuai oleh bekas pelajar pengajian Islam.
Maka itu, ZUSCoffee kini telah mempunyai sebanyak 600 cawangan dan lebih dari 346 cawangan telah pun mempunyai Sijil Halal Malaysia dan selebihnya masih lagi didalam proses untuk mendapatkan sijil Malaysia.
Menurut Dr Mohd Izhar, ketika beliau mula terlibat sebagai Penasihat kepada ZUS Malaysia, hanya terdapat 200 hingga 250 sahaja di seluruh Malaysia. Namun kini outlet atau cawangan ZUSCoffee itu telah menjadi berkembang menjadi sehingga 600 cawangan.
Bagi memudahkan urusan dan memantapkan lagi sistem mengenai Sijil Halal Malaysia, ZUSCoffee telah mengambil lebih ramai graduan fakulti pengajian Islam dari beberapa Universiti seperti UKM, UM, UITM dan dari Universiti lain juga untuk menjadi tenaga perkerja kepada ZUSCoffee.
Nasihat Dr. mohd Izhar kepada semua pengusaha Muslim diseluruh Malaysia untuk mempercepatkan permohonan sijil halal Malaysia bagi menyakinkan produk masing-masing kepada para pelanggan diseluruh dunia. Beliau menambah lagi dengan berkata, sekiranya mahu memajukan lagi produk yang dihasilkan, jangan takut untuk mengambil pakar-pakar syariah sebagai penasihat dan pegawai halal bagi produk.
Dengan mengambil pakar-pakar syariah sebagai penasihat dan pegawai untuk dirujuk, maka produk kita dapat diyakini dengan kualiti dan kebersihan oleh pelanggan dan ia juga lebih mudah untuk dipromosi didalam dan diluar negara kerana prosesnya akan dijamin halal dan bersih.
Kredit – Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: