
Kuala Lumpur, 20 Okt 2024, 6.00 petang – PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Hadir ke Wisma MCA bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA Yang Ke-71. Didalam ucapan perasmian itu, Zahid menzahirkan rasa kagum dan memberi begitu tinggi penghargaan kepada seluruh kepimpinan MCA setelah 50 tahun setia bersama Barisan Nasional (BN) selama lebih lima dekad. Sikap kepimpinan MCA yang tidak pernah berbelah bagi ini telah menambat hati Presiden Umno itu dengan harapan semangat setiakawan yang terjalin diantara Umno dan MCA akan kekal.
Zahid berkata, dengan usaha berterusan yang ditunjukkan oleh MCA didalam setiap tugas yang diberi, akan membuahkan kembali semangat parti itu supaya bangkit dan menjadi lebih kental dan bersemangat tinggi untuk berjuang besama rakan komponen parti yang lain iaitu UMNO, MIC dan PBRS untuk memperkuatkan BN bagi merebut semula kepercayaan rakyat dan seterusnya menjadi harapan dan sandaran untuk rakyat mendapat pembelaan seperti waktu era pemerintahan BN dahulu.
Pada tahun 2024 ini, MCA telah menyambut ulang tahun yang ke-50 penubuhannya bersama BN dan satu azam perlu diterapkan didalam hati setiap pemimpin untuk terus berjalan setelah mengharungi keadaan suka dan duka bersama BN sambil membina harapan baru agar terus bersama membina semula impian untuk memerintah negara dan membawa kembali kegemilangan sebagaimana yang pernah dikecapi dahulu.
Memandangkan bidang pendidikan menjadi kegemaran dan keutamaan masyarakat Cina, Zahid telah menegaskan untuk memberi bantuan dan perhatian khususnya didalam pemerkasaan Tadbir Urus Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan akan melibatkan diri secara langsung untuk memastikan penyediaan peluang TVET untuk semua golongan termasuk anak-anak kaum Cina diMalaysia. Usaha ini adalah untuk memastikan anak muda dari berbagai kaum mendapat akses latihan dan kemahiran yang relevan dan berdaya saing diperingkat global.
Diakhir ucapannya, Zahid berkata bahawa beliau berkeyakinan dengan masa depan BN dan komponen parti yang lain akan dapat mencipta berbagai kejayaan besar sekiranya perbezaan pendapat yang kecil mampu diketepikan. Kejayaan datang dari satu kerjasama yang padu dan saling mempercayai diantara satu sama lain.
Kredit – YAB Datuk Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Kini Usahawan Wanita Di Parlimen Lumut Pula Menjadi Tumpuan MARA.