Kini Usahawan Wanita Di Parlimen Lumut Pula Menjadi Tumpuan MARA.
Lebih 60 ribu usahawan kini sedang menerima pelbagai bantuan dalam ekosistem keusahawanan MARA di seluruh negara termasuk usahawan di Negeri Perak.

Kuala Lumpur, 19 Okt 2024. 12.00 malam – MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) sentiasa komited dalam membantu usahawan Bumiputera agar mereka dapat mengembangkan serta mengukuhkan perniagaan sekaligus membantu perkembangan ekonomi Bumiputera. Terbaru adalah Program Pemerkasaan Wanita Peringkat Lumut yang disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zamry bin Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Sangat mengembirakan kerana kini usahawan wanita di Parlimen Lumut pula menjadi tumpuan MARA untuk dibantu.

Program ini memberi tumpuan kepada usahawan wanita di Parlimen Lumut bagi memperkasakan bakat mereka dalam pelbagai aspek keusahawanan yang disediakan oleh MARA termasuk latihan keusahawanan, premis perniagaan serta skim pembiayaan perniagaan.

Sejak dari dulu lagi MARA sentiasa bertekad untuk membantu para usahawan Bumiputera untuk mengembangkan serta mengukuhkan perniagaan sekaligus membantu perkembangan ekonomi Bumiputera diseluruh negara. Sejak dilancar program bantuan untuk membimbing para usahawan ini. Lebih dari 60 ribu usahawan telah menerima berbagai bantuan dalam ekosistem keusahawanan MARA di seluruh negara termasuk usahawan di Negeri Perak.

Turut diadakan dalam program tersebut adalah, penyampaian bantuan persekolahan oleh Yayasan Pelajaran MARA kepada 30 orang pelajar sekolah dan penyampaian Mock Cheque Pinjaman Pelajaran MARA kepada pelajar serta penyampaian Mock Cheque Pembiayaan Perniagaan MARA kepada usahawan.

Turut hadir didalam program yang dijalankan adalah YBhg. Dato’ Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA dan Encik Rizal Effendi bin Razali, Pengarah MARA Negeri Perak.

#MerakyatkanMARA
#MalaysiaMadani

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Istilah Bahasa Melayu Yang Digunakan Oleh PMX Ketika Pembentangan Bajet 2025.