
Kuala Lumpur, 17 Okt 2024, 1.00 tengahari – DUNIA politik Negara, dikejutkan dengan penghijrahan salah seorang ahli keluarga iaitu adik kepada Presiden Umno ke parti PAS baru-baru ini. Alasan bagi penghijrahan itu dikatakan tidak lagi yakin dengan UMNO yang dulu menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas, namun kini semakin lemah. Kekuatan Melayu semakin terhakis, dan agama Islam sering kali dipermainkan oleh individu-individu tertentu. Rata-rata ahli Umno mengatakan, dengan menganggap Umno kini semakin lemah, bukanlah satu alasan yang konkrit atau kuat untuk berhijrah ke parti lain.
Penghijrahan ahli atau pemimpin Umno ke parti politik lain bukanlah perkara baru didalam Umno mahu pun parti politik lain. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia malah, diseluruh dunia kerana landasan politik bukanlah seperti keturunan manusia yang perlu dikekalkan sebagai penyambung kepada keluarga demi untuk mengekekal harta dan warisan. Sebenarnya bidang politik bukan untuk mengikat seseorang hanya untuk berjuang didalam satu aliran atau kepercayaan. Tetapi di Malaysia, satu undang-undang telah digubal sedikit masa dahulu yang dinama anti lompat parti yang dikuatkuasakan pada 5 Okt 2022. Namun, ia hanya melibatkan individu yang berkedudukan tinggi didalam politik atau Ahli Dewan Rakyat dari bertukar parti dengan sewenang-wenangnya kerana ia dianggap mengkhianati mandat yang diberi oleh rakyat.
Antara faktor yang dikenal pasti tentang penghijarahan ahli dan pemimpin parti adalah disebabkan tidak puas hati kerana tidak diberi kedudukan tinggi didalam parti, tidak sehaluan dengan pemimpin lain, dibuang dari parti disebabkan melakukan kesalahan, melanggar undang-undang parti, menentang kemahuan ketua parti dan ada juga yang meninggalkan parti disebabkan tidak mendapat imbuhan dan manfaat dari parti seperti yang diinginkan dan tidak dipandang didalam parti walaupun telah banyak menabur bakti kepada ahli, masyarakat dan parti itu sendiri.
Mungkin ramai dikalangan ahli dan pemimpin yang gagal berfikir bahawa, bukan parti yang lemah. Didalam konteks penghijrahan seseorang ahli atau pemimpin, kelemahan adalah didalam diri sendiri kerana tidak yakin dan tidak setia kepada parti. Umno adalah nama parti dan pihak yang menjalankan agenda parti adalah ahli dan pemimpin. Kekuatan parti terletak kepada ahli kerana ahli lah yang sepatutnya menjadi kuat dari segi metal dan fizikal. Bukan itu sahaja, ahli juga dituntut untuk menjaga parti supaya tidak dihina dan dipermainkan oleh mana-mana pihak baik didalam parti atau dari luar parti. Ahli juga yang perlu mempertahankan maruah parti dan bangsa supaya tidak dihina dan dipandang rendah oleh pihak lain.
Apakah maksud lambang keris dibendera Umno? Salah satunya adalah lambang kekuatan bangsa seperti kata pepatah ” takkan Melayu hilang didunia”. Maka itulah yang wajib dipertahankan. Sedarlah wahai ahli Umno, kehadiran kita semua didalam UMNO adalah untuk menjaga hak Melayu dan agama Islam. Perkasakan diri agar tidak menjadi lemah demi mengekekalkan kekuatan Melayu. Sekiranya kita berundur dengan hanya memberi alasan bahawa parti kian lemah, kekuatan bangsa telah terhakis dan mudah dipermainkan oleh individu tertentu, bermakna kita adalah ahli atau pemimpin yang ‘pengecut’, yang tidak sanggup untuk mempertahankan maruah parti dan lari dari cabaran dan saingan dari pihak lawan. Perisai Umno adalah ahli, jika ahli mementingkan diri sendiri dan tidak mahu bersusah payah dengan rakan-rakan lain, maka tidak perlu berhijrah juga ke parti lain kerana kemungkinan akan berlaku perkara yang sama seperti mana yang kamu lakukan terhadap parti Umno.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Pembohongan Hutang Negara Dan Pengaruh Politik Anwar Yang Menyerlah.