Pembohongan Hutang Negara Dan Pengaruh Politik Anwar Yang Menyerlah.
Pemuda Pas seterusnya mendakwa bahawa LKAN sendiri telah membongkar penipuan dan kegagalan oleh Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar.

Kuala Lumpur, 16 Okt 2024, 9,00 malam – MENGIKUT Portal Harakah Daily, Pemuda Pas telah menyatakan, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) menunjukkan Penyata Kewangan Kerajaan 2023, iaitu hutang kerajaan persekutuan daripada RM1.080 trilion pada tahun 2022 kepada RM1.173 trilion (2023). Pemuda Pas seterusnya mendakwa bahawa LKAN sendiri telah membongkar penipuan dan kegagalan oleh Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, menurut Laporan Penemuan Utama Lowy Institute 2024, telah menyaksikan, Malaysia dibawah pentadbiran Anwar mendapat peningkatan pengaruh diplomatik terbesar. Walaupun sekiranya benar berlaku pembohongan hutang negara, namun pengaruh politik Anwar lebih menyerlah untuk menarik pelaburan ke negara ini.

Menurut Pemuda Pas, dimasa kini peningkatan hutang adalah sebanyak RM92.918. Ini membawa maksud kepada, Kerajaan Madani dibawah Anwar telah mencipta sejarah iaitu dengan membuat hutang paling banyak jika dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan sebelum ini ?

Menurut Pemuda Pas lagi Anwar telah membuat propaganda dengan mengatakan hutang negara sedang mengalami penurunan sebaik saja Kerajaan Madani mengambil alih tampok pemerintahan negara. Pemuda Pas mendakwa bahawa menurunkan hutang negara adalah salah satu perkara yang pernah disebut oleh Anwar dengan mengatakan bahawa kononnya sebelum ini hutang negara merupakan hutang paling tinggi dalam sejarah.

Selain itu Kerajaan Madani ini dikatakan telah memperkenalkan dasar penjimatan dan pengukuhan fiskal negara yang membebankan rakyat. Cukai yang dimaksudkan adalah, cukai HGVT (barang bernilai tinggi) sebanyak 10 peratus, cukai LVG (barang bernilai rendah) sebanyak 10 peratus iaitu cukai yang baru diperkenalkan dan meluaskan skop dan mempertingkatkan cukai SST iaitu (cukai jualan dan perkhidmatan).

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, hutang Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan dan Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus. Perkara ini juga memungkinkan pentadbiran Anwar dikritik oleh rakyat kerana dilihat sebagai gagal dalam menurunkan jumlah hutang seperti mana yang diwar-warkan dahulu sebelum mengambil alih tampok pemerintahan negara.

Bagaimanapun di sebalik teguran yang tidak menyenangkan itu, Malaysia merekodkan pencapaian positif apabila kedudukan Index Malaysia daripada tempat ke-11 ke tempat ke-5 dalam indikator aktiviti diplomatik. malah, dalam kedudukan kepimpinan serantau juga meningkat ke tangga 12 dan kepimpinan global naik satu anak tingkat ke tempat ke-15.

Banyak laporan prestasi kerajaan akan dinilai oleh berbagai pihak diluar dan didalam negara. Dengan pengaruh kepimpinan Anwar didalam dunia politik yang menyerlah, berkemungkinan dapat menyakinkan pelabur dari luar negara untuk membuat pelaburan di Malaysia. Ini bukan sahaja menerbitkan kepercayaan dari pelabur luar, malah  turut mencerminkan kestabilan politik dan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Dengan itu, jangkaan bahawa, hutang negara dapat dikurangkan didalam tempoh sepuluh tahun mungkin akan menjadi kenyataan memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga jauh lebih aktif di peringkat antarabangsa. Lebih mudah untuk menarik pelaburan jika mempunyai pengaruh politik yang kuat terutama diperingat global. Ini bermakna, kekuatan kedudukan politik seorang pemimpin akan mempengaruhi para pelabur untuk berurus niaga kerana kepercayaan yang diberi oleh berbagai pihak.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Rumah Kedai Usang Tempat Kegiatan Tidak Bemoral Warga Asing – Imigresen