Kuala Lumpur, 16 Okt 2024, 12.00 tengahari – SERAMAI 78 anggota pegawai Imigresen pelbagai pangkat daripada ibu pejabat JIM Putrajaya yang terlibat dalam operasi menyerbu beberapa rumah kedai usang didiami oleh warga asing untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral pada sekitar pukul 12.30 tengah hari.
Seramai 60 orang telah diperiksa terdiri darpada 58 warga negara asing dan 2 warga tempatan. 28 wanita dan 30 lelaki. Hasil daripada operasi berkenaan, warga asing tersebut berasal dari Bangladesh, Pakistan, Indonesia, India dan Stateless. Kesemua mereka berusia diantara 24 hingga 45 dan tahanan akan mengambil tempat di Depot Imigresen Pekan Nenas, Johor untuk siasatan dan tindakan susulan.
Didalam modus operandi yang dijalankan, mereka menyasarkan warga asing dan warga tempatan yang tinggal berhampiran kawasan kegiatan itu beroperasi. Bayaran sebanyak RM50 hingga RM100 bagi setiap pelanggan dikenakan berdasarkan kepada perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan di bawah Seksyen 55E iaitu membenarkan mana-mana Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang hanya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut dan Seksyen 56(1)(d) iaitu kesalahan melindungi imigran haram.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: