GISBH,Mampu Melibatkan Ancaman Aqidah Dan Keselamatan?
Kerajaan perlu membentangkan kertas putih dengan laporan penuh dan lengkap di Parlimen pada sesi akan datang bagi mengkaji sejauh mana ancaman keselamatan dan elemen subversif, termasuk manipulasi terhadap wanita dan kanak-kanak.

Kuala Lumpur, 15 Okt 2024, 11.00 malam – DATO’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) berkata, kerajaan perlu membentangkan kertas putih dengan laporan penuh dan lengkap di Parlimen pada sesi akan datang bagi mengkaji sejauh mana ancaman keselamatan dan elemen subversif, termasuk manipulasi terhadap wanita dan kanak-kanak yang didakwa dilakukan oleh Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Gerakan Pulangkan Anak-anak Kami (GPAAK) telah menghantar satu memo yang turut menyentuh tentang hak kanak-kanak dan mengenai CRC Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak).

Mumtaz turut membahaskan isu GISB Holding di Dewan Rakyat dan meminta kepada semua pihak yang terlibat dapat menyelesaikan perkara mengikut saluran undang-undang dan hak kanak-kanak tidak terabai.

Mumtaz berkata, amat mengejutkan bagi beliau kerana GISBH telah pun beroperasi selama 17 tahun. Pada masa yang sama beliau menyeru supaya Malaysia menjadi peneraju kepada usaha menghentikan eksploitasi dan keganasan terhadap kanak-kanak.

Didalam kes GISBH ini, mampu melibatkan ancaman akidah dan keselamatan dan tindakan kerajaan juga diragui keberkesanannya. Berita mengenai GISBH benar-benar mengejutnya apabila Ketua Polis Negara mendedahkan bahawa syarikat ini telah beroperasi selama 17 tahun.

Mumtaz mengulas lagi bahawa ini adalah kali ketiga. Kali pertama Al-Arqam, kali kedua Rufaqa dan kali ketiga pula adalah GISBH yang ditubuhkan pada tahun 2007. Beliau juga mahu mengetahui jumlah pelindung yang terlibat serta berapa jumlah mereka di seluruh negara.

Menurut beliau lagi, kes itu melibatkan isu akidah dan keselamatan, dan oleh itu pelindung perlu mempunyai kepakaran khusus.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Semua Kaum Perlu Berkerjasama Untuk Perkukuhkan Perpaduan.