Kuala Lumpur, 15 Okt 2024, 9.00 malam – PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, beliau menekankan kepentingan untuk semua kaum bekerjasama dalam mengukuhkan perpaduan dan pembangunan negara. Ini penting agar kita berjaya sebagai sebuah negara dan bukan hanya bagi segelintir kumpulan masyarakat.
Dalam konteks ini, ACCCIM telah menjadi rakan strategik Kerajaan MADANI terkait sektor ekonomi dimana peranan ini jelas dapat dilihat melalui kejayaan penganjuran Kongres Usahawan Cina Sedunia (WCEC) 2024 di Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Selain itu, dasar Malaysia membina hubungan baik dengan pelbagai negara melambangkan Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan tidak dijajah oleh mana-mana negara. Untuk itu Malaysia tidak perlu untuk mengikut telunjuk mana-mana pihak atau negara.
Anwar juga menegaskan tekad Kerajaan MADANI untuk mempertingkat kualiti perkhidmatan awam. Ini termasuk tahap kecekapan, kepantasan kelulusan, perbelanjaan berhemah dan memperkemas tatakelola. Untuk berjaya, tekad ini turut perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta.
Anwar mengatakan perkara ini sewaktu merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KE-78 Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM).
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Dengan Hanya Menjual Karipap, Usahawan Berjaya Meraih Puluhan Ribu Sebulan.