Dengan Hanya Menjual Karipap, Usahawan Berjaya Meraih Puluhan Ribu Sebulan.
Dengan hanya bermodalkan sebanyak RM40 sahaja tetapi kini mampu meraih keuntungan mencecah RM80,000 sebulan -kredit – kosmo.

Kuala Lumpur, 14 Okt 2024, 12.00 malam – SIAPA sangka dan tidak diduga, seorang lelaki yang kini sorang usahawan terkenal yang dikenali sebagai Jasmin Pannaot, telah berjaya meraih keuntungan dengan hanya menjual kuih iaitu karipap yang mencecah puluhan ribu sebulan.

Jasmin, yang berasal dari Pontian Johor memulakan perniagaan kuih karipap itu dengan hanya bermodalkan sebanyak RM40 sahaja tetapi kini mampu meraih keuntungan mencecah RM80,000 sebulan.

Sebelum ini Jasmin merupakan seorang penjaja jalanan yang menjalankan perniagaan dengan berjalan kaki lebih kurang sepuluh kilometer setiap hari untuk ke lokasi perniagaannya.

Jasmin yang juga bapa kepada tujuh orang anak menceritakan diawal perniagaannya dia menjual karipap atau lebih dikenali sebagai epok-epok dikalangan rakyat Johor sejak lapan tahun yang lalu.

Jasmin mula menjaja disekitar Kawasan Dataran Pontian, Laman Diraja Pontian dan juga dipasar malam dengan hanya menggunakan tangan untuk membawa bakul yang dipenuhi dengan karipap.

Untuk menarik perhatian pelanggan, Jasmin turut mendendangkan lagu pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) sebagai satu strategi untuk melariskan perniagaannya.

Disebalik kisah hidup dan kejayaannya dihari ini, terdapat sedikit kecederaan yang dialaminya disebabkan terlalu lama mengendong bakul karipap setiap hari.

Namun begitu, Jasmin tetap juga mahu meneruskan perniagaannya dengan mengeluarkan wang untuk membeli troli disebabkan kecederaan ditangannya yang telah membataskan setiap pergerakkannya.

Nasibnya kian berubah dengan menjadi lebih baik dalam sekelip mata setelah mendapat bimbingan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dengan membuka sebuah kedai.

Berkat dari bimbingan pihak berkenaan, Jasmin telah berjaya menambah beberapa lagi gerai kecil dan memperkenalkan jenama karipapnya iaitu ” Karipap Ale-Ale yang makin popular disekitar Pontian.

Hasil dari bimbingan pihak Risda, Jasmin telah mampu mengeluarkan kira-kira 2,000 hingga 5,000 epok-epok sehari.

Karipap yag dijual mempunyai pelbagai jenis inti seĀ­perti kentang, telur, sardin, ayam, daging, nanas, keju dan mihun dengan harga RM1 hingga RM5 (ikut saiz).

Selain dari itu, Jasmin juga berjaya menghasilkan keuntungan lain yang mencecah sehingga RM60,000 hingga RM80,000 sebulan melalui penambahan produk iaitu karipap frozen atau sejuk beku.

Kini, Jasmin telah melangkah lebih jauh didalam bidang keusahawanan dengan mengadakan perbincangan dengan pelabur dari Singapura untuk pemasaran karipapnya dinegara tersebut. Jasmin bukan sahaja berjaya mengaut keuntungan yang lumayan, malah dapat mencipta nama didalam bidang pemakanan yang mungkin akan menempatkan dirinya lebih jauh dipasaran luar negara.

Syabas Jasmin. Semoga akan lahir lebih ramai usahawan yang gigih dan bersemangat untuk berjaya didalam bidang yang diceburi.

Kredit – kosmo

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Pempengaruh Terkenal Mohon Menteri KESUMA Melawat Hospital Bainun Ipoh.