
Kuala Lumpur, 14 Okt 2024, 11.00 malam – SEORANG pempengaruh terkenal, telah meminta supaya Menteri Sumber Manusia untuk turun padang bagi melihat sendiri keadaan kakitangan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh tanpa membuat pengumuman atau sesi lawatan rasmi sebelum memberi ucapan tentang konsep Madinah atau Madani. Pempengaruh tersebut bukan sahaja menyentuh mengenai kekurangan kakitangan iaitu doktor dan jururawat, malah, turut meminta supaya menteri berkenaan melihat juga kepada keadaan katil yang digunakan oleh pesakit di hospital tersebut.
Pada pandangan pempengaruh itu, tindakan didalam menyelesaikan masalah besar yang dihadapi oleh sistem perkhidmatan kesihatan adalah perkara yang lebih penting kerana rakyat memerlukan komitmen yang jelas daripada pemimpin untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan didalam perkhidmatan kesihatan. Untuk membuat atau memberi ucapan memanglah mudah tetapi untuk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu isu yang telah lama membelenggu sistem kesihatan bukanlah satu perkara yang mudah.
Pempengaruh itu seterusnya membangkitkan mengenai keadaan sebenar yang dihadapi oleh hospital tersebut iaitu kekurangan yang amat kritikal dari segi doktor perubatan dan jururawat. Dua perkara ini mampu menyebabkan kelewatan untuk merawat pesakit dan ia akan mengundang bahaya kepada pesakit terutama dibilik kecemasan dan wad hospital. Perkara ini amat membimbangkan beliau dan meminta supaya Pengarah Hospital berkenaan iaitu Dr. Saiful Azlan dan MP Lee Chuan How supaya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan segera kerana telah menyebabkan pesakit menderita akibat kekurangan kakitangan perubatan.
Laporan terkini menunjukkan keadaan dihospital tersebut semakin merosot dengan kekurangan katil di jabatan kecemasan dan ianya diburukkan lagi oleh kekurangan kakitangan kesihatan. Justeru itu, dengan apa yang sedang berlaku kini dihospital tersebut, pempengaruh itu telah meminta campurtangan dengan segera dari Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan untuk membuat penambahan doktor dan jururawat di hospital berkenaan bagi mencegah dari kehilangan nyawa akibat dari kekurangan kakitangan yang penting untuk memantau dan merawat pesakit.
Sementara itu, beliau berkata portal news miliknya akan terus membuat liputan dan memperjuangkan untuk menyelesaikan masalah dan tindakan kecemasan bagi pihak rakyat Ipoh.
Semoga usaha murni pempengaruh ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab dalam usaha menambah dan menilai kekurangan yang serius di hospital tersebut demi untuk meyelamatkan banyak nyawa dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: