
Kuala Lumpur, 13 Okt 2024, 6.00 petang – TERSEBAR di media sosial kisah seorang penumpang bas mengamuk kerana kecewa dengan sikap seorang pekerja di terminal bas Shah Alam yang dianggap menunjukkan tingkah laku yang tidak baik. Dapat dilihat dengan jelas, penumpang wanita itu sekolahkan pekerja terminal bas yang biadab.
Didalam video yang dirakam oleh seorang individu, wanita tersebut dilihat begitu tidak puas hati terhadap salah seorang pekerja diterminal bas itu yang didakwa tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada pelanggan.
Menurut wanita itu lagi, dia tidak mengharapkan layanan yang istimewa dari sesiapa pun termasuk dari terminal tersebut. Apa yang penting adalah setiap pekerja perlu menjaga adab dan memberi khidmat yang baik kepada para pelanggan.
Walaupun perkerja terminal itu cuba membuat penjelasan, tetapi masih tidak dapat meredakan kemarahan wanita itu kerana layanannya mungkin tidak kena dengan apa yang diperlukan oleh wanita itu.
Terdapat dua lagi penumpang yang berada ditempat kejadian dan cuba bertanya kepada penjaga tiket apa yang berlaku. Setelah diberi penerangan mereka mendapati bahawa pekerja lelaki tersebut telah bertindak biadap terhadap pelanggan wanita apabila ditanya destinasi sebuah lagi bas yang baru tiba diterminal tersebut.
Pekerja lelaki itu telah menengking wanita itu yang baru sahaja menunjukkan tiket bas untuk mengetahui adakah bas yang baru itu bas yang sedang dinanti olehnya. Namun pekerja itu membalas pertanyaan wanita itu dengan kasar. Apa yang lebih memalukan wanita itu adalah, pekerja tersebut telah menengkingnya didepan orang ramai yang berada diterminal itu.
Didalam video itu jelas kedengaran wanita itu membalas tengkingan pekerja berkenaan dengan mengatakan “‘kalau penat jangan kerja”. Wanita itu cuba dipujuk oleh orang lain namun ia tetap menjawab dan memberi kata-kata agar pekerja tersebut tidak lagi melakukan perkara seperti itu kepada pelanggan lain.
Setelah berlaku soal jawab yang agak keras, semua pekerja yang berada ditempat kejadian mula bercakap secara baik untuk meredakan keadaan. Selain dari pekerja, terdapat juga penumpang lain yang cuba menenangkan keadaan.
Trajedi yang berlaku ini merupakan satu pengajaran kepada semua pekerja di teminal itu. penumpang bas tidak boleh dilayan sambil lewa. Mereka perlu dibantu kerana mereka tidak biasa dan tidak faham bagaimana syarikat bas beroperasi. Pekerja perlu mengawal emosi walaupun berada didalam keadaan letih kerana membantu pelanggan adalah tugas mereka.
Rata-rata warganet berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang memberi kesedaran kepada pekerja tersebut supaya tidak mengulangi perkara yang sama. Didalam komen yang dilontarkan oleh warganet, tidak kurang yang memuji wajah wanita tersebut yang dikatakan mirip pelakon Fasha Sandha.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: