Kuala Lumpur, 13 Okt 2024, 12.00 malam – LIMA premis didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu di papan iklan syarikat mereka. Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa mengambil tindakan kerana peraturan untuk menggunakan Bahasa Melayu pada papan iklan disetiap syarikat telah lama diperkenalkan. Mengapa masih tidak faham? Atau buat-buat lupa?
Disebabkan masih terdapat premis yang berdegil kerana tidak menggunakan Bahasa Melayu, DBKL telah mengambil keputusan untuk turun padang bagi mengingatkan mereka kembali kepada peraturan yang telah ditetapkan dan mengingatkan juga tentang kepentingan Bahasa Melayu dipapan tanda bagi setiap syarikat.
Sekiranya pemilik premis masih juga terlupa, DBKL mempunyai cara yang terbaik iaitu dengan memberi kompaun dan Notis Penguatkuasaan. Pemilik premis diberi 14 hari untuk turunkan iklan tersebut, atau tindakan selanjutnya akan menyusul.
Dalam masa yang sama, DBKL meminta kerjasama dari orang ramai , jika ternampak mana-mana papan iklan yang lupa untuk menggunakan Bahasa Melayu, segera laporkan kepada DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my/.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Jangan Banyak Berfikir. Tarik 20% Dari Pendapatan Untuk Disimpan.