Jangan Banyak Fikir. Tarik 20% Dari Pendapatan Untuk Disimpan.
Tips cara menyimpan duit tanpa stres oleh KWSP. Salah satu contoh terbaik. Kredit – KWSP.

Kuala Lumpur, 11 Okt 2024, 9.00 malam –  PASTINYA setiap orang  mempunyai perancangan kewangan yang berbeza. Diantaranya adalah untuk menyimpan buat bekalan masa depan. Namun, tetap juga tidak dapat mengasingkan walaupun sedikit wang kerana didalam pemikiran banyak perkara yang lebih memerlukan untuk dibayar dan untuk membeli. Jika begitu, tanamkan tekad pada diri sendiri supaya jangan banyak berfikir. Tarik 20% dari pendapatan untuk disimpan. Atau pun ikutlah cara sepertimana yang ditunjukkan didalam grafik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diatas sebagai panduan. ” Rahsia simpan duit tanpa stres”.

Sama ada ia untuk dana persaraan hari tua, percutian impian untuk melancong luar negara, duit pendahuluan untuk kereta mewah atau rumah. Semuanya perlu ditetapkan satu matlamat khusus. Rancang dan kategorikan mengikut keperluan dan keinginan. Jangan terlalu memikirkan tentang simpanan yang anda simpan supaya anda tidak terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang selalu mencabar. Segala-galanya terletak ditangan anda.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita: